Halaman

BAHAYA PEWARNA RAMBUT

Written By Unknown on Jumat, 11 Januari 2013 | 22.18



Saorang wanita di Scotland telah mengalami reaksi alahan yang teruk setelah mengunakan pewarna rambut   jenama Garnier Nutrisse in Black yang berharga £ 5.99.    Mariade Kelly, 29, telah dimasukkan ke hospital selama 3 hari akibat alahan kulit yang amat teruk setelah mengunakan pewarna rambut tersebut.
mariade kelly
Mariade Kelly
Cik Kelly mengatakan setelah beberapa jam menggunakan pewarna rambut tersebut, kulit kepala nya mula merasa gatal dan cecair mula meleleh keluar dari kulit kepalanya, tapi ketika itu dia tidak merasa panik, dan hanya mengambil  ubat  anti-histamin dan meletakkan krim  di tepi  kulit kepala  sebelum pergi tidur.
sebelum
sebelum
Pada keesokan harinya, Cik Kelly merasa tidak selesa dengan keadaannya kerana cecair dari kulit kepalanya  masih lagi meleleh di iringgi dengan bau yang kurang menyenangkan saolah-olah bau  kulit sedang terbakar.   Kedua-dua mata Cik Kelly juga bengkak dan kulit di bahagian  telinga dan bahu juga turut merasa gatal dan amat menyiksakan, kata beliau.
Cik Kelly telah dibawa ke hospital kerana badan nya juga turut memberi reaksi di mana  degupan jantung beliau mencapai 180 bpm dan terasa susah untuk bernafas.  Cik Kelly telah di beri suntikan steroid.
bahaya pewarna rambut
muka lebam akibat alahan
Para Doktor telah mengesahkan bahawa pewarna rambut tersebut mengandungi bahan  para-phenylenediamine (PPD)  iaitu alergen biasa yang diharamkan di banyak negara Eropah.  Bahan ini juga terkandung di dalam  pewarna tekstil  dan kosmetik seperti mascara.
Garnier Nutrisse hair color
Garnier Nutrisse hair color
Seorang jurucakap bagi pihak  Garnier berkata:  “Kami sangat komited untuk memastikan bahawa produk kami adalah selamat dan pelanggan-pelanggan kami boleh menggunakan dengan yakin.  Kami sangat sedih dengan  pengalaman Cik Kelly”.
“Pengalaman Cik Kelly menunjukkan betapa pentingnya untuk menjalankan ujian alahan kulit sekurang-kurangnya 48 jam sebelum menggunakan colourant  setiap kali.  Pengguna harus mengikut arahan yang telah dipaparkan di setiap bungkusan produk Garnier Nutrisse”.
Sedikit tentang PPD dan alahan
Para-Phenylenediamine (PPD) adalah satu komponen  kimia cecair yang di campur kedalam produk pewarna rambut.  Alahan  terjadi disebabkan oleh tindak balas kimia tersebut terhadap kulit.  Oleh yang demikian elakkan mengguna produk yang mengandungi  PPD, yang boleh menyebabkan  keradangan kulit (dari lepuh sehingga lecur akibat bahan kimia).
Sebelum menggunakan pewarna rambut sapukan sedikit bahan tersebut pada lengan dan biarkan sehingga 48 jam untuk melihat reaksi alahan.  Jika tiada reaksi alahan seperti ruam atau ketidakselesaan, mewarna rambut degan produk tersebut  boleh diteruskan
Individu yang alah  kepada  pewarna rambut  akan  juga mendapat dermatitis di tubuh, jika memakai pakaian baru, kerana bahan PPD juga terdapat pada pewarna tekstil.  Alahan tersebut akan berkurangan  setelah pakaian di cuci beberapa kali.
Semasa menggunakan pewarna rambut jangan membiarkan pewarna rambut  di kepala  lebih lama daripada yang diarahkan.  Setelah itu basuh  rambut dengan air yang banyak hingga bersih dan teruskan  dengan penggunaan syampu.

0 komentar:

Posting Komentar